Soalan Lazim

Kelengkapan Elektrik


Perakuan Kelulusan adalah sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada pengilang, pengimport, pempamer, penjual atau pengiklan bagi kelengkapan elektrik. Ia hanya akan dikeluarkan setelah kelengkapan tersebut didapati mematuhi standard serta syarat ‐ syarat keselamatan dan penggunaan elektrik dengan cekap, seperti yang ditetapkan. Keperluan ini termaktub di bawah Peraturan 97, Peraturan ‐ Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan 101A, Peraturan ‐ Peraturan Elektrik (Pindaan) 2013.

Mereka yang perlu memohon Perakuan Kelulusan adalah pengilang, pengimport, pempamer, penjual atau pengiklan kelengkapan elektrik sahaja.

Terdapat dua (2) jenis permohonan Perakuan Kelulusan kelengkapan elektrik iaitu:

  • Permohonan Perakuan Kelulusan (Baru).
  • Permohonan Perakuan Kelulusan (Pembaharuan).
  • Borang V adalah Perakuan Kelulusan untuk mengimport.
  • Borang W adalah Perakuan Kelulusan untuk mengilang.

Kategori dan jenis ‐ jenis kelengkapan yang memerlukan Perakuan Kelulusan adalah seperti berikut:

  • Palam kuasa (15A dan ke bawah) 
    Plug Top/Plug (15A and below)

  • Suis dan Suis Pemalap
    Switch and Dimmer

  • Soket Alir Keluar (15A dan ke bawah)
    Socket Outlet (15A and below)

  • Pemegang Lampu Kalimantang/Pemegang Pemula 
    Fluorescent Lampholder/Starter Holder

  • Ros Siling
    Ceiling Rose

  • Tudung Benet dan Penyesuai Pelbagai
    Bayonet Cap and Multiways Adaptor

  • Lekapan Lampu
    Lamp Fitting

  • Kapasitor untuk Lampu Kalimantang
    Capacitor for Fluorescent Lamp

  • Balast/Gear Kawalan/Pemacu untuk Lampu
    Ballast/Control Gear/Driver for Lamp

  • Pemutus Litar termasuk Pemutus Litar Bocor ke Bumi Kendalian Arus dan Pemutus Litar Miniatur 
    Circuit Breaker including AC Current Operated Earth Leakage Circuit Breaker and Miniature Circuit Breaker

  • Lampu Mudah Alih
    Portable Luminaire Lamp

  • Cerek Elektrik termasuk Elemen Pemanas JIKA Diimport Berasingan
    Kettle including Heating Elements IF Supplied Separately

  • Pengadun/Pengisar Makanan
    Kitchen Machine

  • Pembakar/Ketuhar
    Toaster/Oven

  • Periuk Nasi
    Rice Cooker

  • Peti Sejuk
    Refrigerator

  • Pemanas Air Rendam
    Immersion Water Heater

  • Pemanas Air Serta Merta termasuk Elemen Pemanas JIKA Diimport Berasingan
    Water Heater including Heating Elements IF Supplied Separately

  • Mesin Pembasuh
    Washing Machine

  • Kipas Elektrik
    Fan

  • Pengering Rambut/Penggayaan Rambut/Penjagaan Muka
    Hand Operated Hair Dryer/Haircare/Skin Care

  • Seterika
    Iron

  • Pencukur Elektrik
    Shaver

  • Pengewap Elektrik
    Vaporiser

  • Pembersih Vakum
    Vacuum Cleaner

  • Set Hi‐Fi
    Hi‐Fidelity Set

  • Unit Video dan Paparan Visual
    Video and Visual Display Unit

  • Unit Audio dan Pemain Video
    Audio and Video Player Unit


  • Mesin Pengurut
    Massager

  • Penyaman Udara (Sehingga 4HP)
    Air Conditioner (Up to 4HP)

  • Lampu Krismas atau Lampu Cahaya Berantai
    Christmas Light

  • Peralatan Kuasa Domestik (Jenis Mudah Alih)
    Domestic Power Tools (PortableType)

  • Adapter/Pengecas
    Adaptor/Charger

  • Wayar/Kabel/Kord (Non‐Armoured) 0.5mm² hingga 35mm²
    Wire/Cable/Cord (Non‐Armoured) 0.5mm² to 35mm²
  • Satu fasa bermaksud kelengkapan elektrik yang menggunakan bekalan tenaga 230/240V dengan julat +10%, ‐ 6%.
  • Tiga fasa bermaksud kelengkapan elektrik yang menggunakan bekalan tenaga 400/415V dengan julat +10%, ‐ 6%.
  • Palam kuasa berfius 13A yang mematuhi MS 589: Part 1 atau BS 1363: Part 1
  • Palam kuasa 15A (pin bulat) yang mematuhi MS 1577
  • Palam kuasa 2 pin 2.5A, 250V (pin bulat) yang mematuhi MS 1578 atau BS EN 50075 bagi kegunaan kelengkapan elektrik yang badannya tidak diperbuat daripada besi atau bahan yang boleh mengalirkan elektrik, juga dikenali sebagai kelengkapan elektrik Kelas II.

Kelengkapan elektrik yang menggunakan bateri sepenuhnya seperti USB dan pengecas kelengkapan yang digunakan dalam kereta tidak perlu mendapatkan kelulusan ST kerana ia tidak menggunakan arus ulang alik (a.c.).

Adapter yang diimport bersekali dengan kelengkapan tidak perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan. Hanya adapter yang diimport berasingan perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan. Contohnya, bagi kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer riba, telefon bimbit atau alat ‐ alat komunikasi yang lain yang mana adapternya diimport bersekali tidak perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan. Bagaimanapun, sekiranya adapter bagi kelengkapan tersebut diimport berasingan maka ia perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan.

Hanya pemohon yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja boleh memohon untuk mendapatkan Perakuan Kelulusan.

Tidak. Satu (1) Perakuan Kelulusan hanya boleh digunakan untuk satu (1) model kelengkapan sahaja. Notis Pemakluman mengenai penetapan satu (1) Perakuan Kelulusan bagi satu (1) model kelengkapan elektrik telah dikuatkuasa mulai 1 Januari 2014 . Pemakluman tersebut boleh dirujuk di www.st.gov.my.

Tidak. Satu Perakuan Kelulusan hanya boleh digunakan untuk satu jenama kelengkapan sahaja.

Tidak.

Langkah ‐ langkah untuk permohonan Perakuan Kelulusan adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan pendaftaran e ‐ Permit dengan menghubungi Dagang Net Technologies Sdn. Bhd (DNT) di talian 1 ‐ 300 ‐ 133 ‐ 133 atau melalui e ‐ mel careline@dagangnet.com bagi mendapatkan ID dan kata laluan.
  • Daftar masuk ID dan kata laluan di http://epermit.dagangnet.com yang juga dipautkan di laman web ST.

Dokumen ‐ dokumen yang diperlukan adalah:

  • Laporan Ujian Jenis ( Type Test Report )
  • Manual Penggunaan ( Instruction Manual )
  • Spesifikasi Teknikal ( Technical Specification )
  • Katalog Kelengkapan Elektrik yang dipohon
  • Sampel Produk (jika diperlukan)

Untuk maklumat lanjut mengenai prosidur permohonan Perakuan Kelulusan, sila layari www.st.gov.my.

Permohonan Pembaharuan Perakuan Kelulusan hendaklah dipohon secara online melalui laman web e ‐ Permit. Pembaharuan hendaklah dipohon dalam tempoh dua (2) bulan dan tidak kurang dari 14 hari sebelum Perakuan Kelulusan tersebut tamat tempoh.

Bagi Perakuan Kelulusan mengilang, dokumen yang diperlukan adalah Lesen Pensijilan Barangan SIRIM yang masih sah tempoh. Bagi Perakuan Kelulusan mengimport pula, dokumen yang diperlukan adalah bukti pembelian label SIRIM ‐ ST atau Lesen Pensijilan Barangan SIRIM yang masih sah.

Untuk maklumat lanjut mengenai prosidur permohonan Perakuan Kelulusan, sila layari http://www.st.gov.my

Tempoh sah Laporan Ujian Jenis yang boleh diterima adalah tidak melebihi lima (5) tahun dari tarikh pengujian. Ketika membuat permohonan, tempoh sah laku laporan ujian tersebut perlu sekurang ‐ kurangnya satu (1) tahun sebelum tarikh tamat tempoh.

Fi yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jenis Perakuan Kelulusan dan fasa kelengkapan seperti berikut:

Permohonan Perakuan Kelulusan Fi Proses Fi Perakuan Kelulusan
(1 Fasa, 230V)
Fi Perakuan Kelulusan
(3 Fasa, 400V)
Permohonan Perakuan Kelulusan Baru RM30.00 RM220.00 RM330.00
Permohonan Pembaharuan Perakuan Kelulusan - RM110.00 RM220.00

Fi yang dikenakan adalah berdasarkan Peraturan 97, Jadual Kedua Bahagian XIII

Pembayaran boleh dilakukan secara online melalui ePermit. Sila rujuk laman web ePermit mengenai ePermit Online Payment .

Kelengkapan yang telah mendapat kelulusan untuk dijual di pasaran adalah kelengkapan yang dilekatkan dengan label SIRIM ‐ ST. Untuk mendapatkan label SIRIM ‐ ST, kelengkapan import yang telah memperolehi Perakuan Kelulusan perlu melalui ujian konsainmen di SIRIM. Kelengkapan yang dikilang pula hendaklah memperoleh Lesen Pensijilan Barangan dari SIRIM.

Tempoh sah laku Perakuan Kelulusan adalah 12 bulan.

Sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap, permohonan Perakuan Kelulusan Baru akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja, manakala permohonan Pembaharuan Perakuan Kelulusan akan diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

Ya.

Boleh, tetapi dengan syarat tiada sebarang pertukaran nombor pendaftaran syarikat (ROC/ROB) dan tiada pertukaran semua rakan kongsi perniagaan.

Permohonan pertukaran nama syarikat boleh dilakukan dengan mengemukakan:

  • surat secara bertulis kepada ST; dan
  • bagi perniagaan perkongsian, pengesahan pertukaran nama serta butiran terperinci dan terkini nama dan alamat semua rakan kongsi perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau
  • bagi syarikat, Borang 13, 24 dan 49 Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang terkini dan disahkan oleh SSM bagi pertukaran nama serta tiada perubahan pada rakan kongsi atau pemegang saham syarikat.

Pemohon perlu mengemukakan surat secara bertulis kepada ST mengenai permohonan pertukaran alamat dan lampirkan Borang 44, Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang telah disahkan oleh SSM.

Peraturan 122, Peraturan ‐ Peraturan Elektrik 1994 memperuntukkan bahawa mana ‐ mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana ‐ mana peruntukan dalam Peraturan ‐ Peraturan ini adalah melakukan kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua ‐ duanya.

Langkah ‐ langkah untuk permohonan Perakuan Kelulusan Pameran adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan pendaftaran e ‐ Permit dengan menghubungi Dagang Net Technologies Sdn. Bhd (DNT) di talian 1 ‐ 300 ‐ 133 ‐ 133 atau melalui e ‐ mel careline@dagangnet.com bagi mendapatkan ID dan kata laluan.
  • Daftar masuk ID dan kata laluan di http://epermit.dagangnet.com yang juga dipautkan di laman web ST.

 

Fi yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jenis Perakuan Kelulusan dan fasa kelengkapan seperti berikut:

Permohonan Perakuan Kelulusan Fi Proses Fi Perakuan Kelulusan
(1 Fasa, 230V)
Fi Perakuan Kelulusan
(3 Fasa, 400V)
Permohonan Perakuan Kelulusan Pameran RM30.00 RM220.00 RM330.00

Fi yang dikenakan adalah berdasarkan Peraturan 97, Jadual Kedua Bahagian XIII

*Perakuan Kelulusan Pameran tidak perlu membuat pembaharuan

Pemohon hendaklah mengemukakan invois pembelian/Air Waybill / Bill of Lading dan surat tawaran dari penaja untuk mengadakan pameran.

Kelengkapan yang diimport untuk tujuan pameran hanya dibenarkan untuk dipamer semasa pameran berlangsung sahaja. Kelengkapan tersebut hendaklah dihantar semula ke negara asal setelah pameran tersebut tamat.

Perakuan Pendaftaran adalah sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada syarikat pengilang dan pengimport bagi tujuan memantau aktiviti ‐ aktiviti pengilangan dan pengimportan kelengkapan elektrik. Ia diperuntukkan di bawah Peraturan 97C, Peraturan ‐ Peraturan Elektrik 1994 yang mula berkuatkuasa pada 3 Mei 2013.

Permohonan pendaftaran sebagai Pengilang/Pengimport boleh dibuat melalui sistem e ‐ DIK di http://edik.st.gov.my.

Tidak boleh.

Tempoh sah Perakuan Pendaftaran bergantung kepada permohonan sama ada untuk satu (1) tahun, dua (2) tahun, tiga (3) tahun, empat (4) tahun atau lima (5) tahun.

Sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap, permohonan Perakuan Pendaftaran akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

Dokumen ‐ dokumen yang perlu dikemukakan adalah borang ‐ borang yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu:

  • Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) sekiranya syarikat didaftarkan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, atau;
  • Borang 9, Borang 24, Borang 49 atau Form of Annual Return of a Company yang terbaru sekiranya syarikat didaftarkan di bawah Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9).

Tiada.

SIRIM merupakan badan pengujian yang mengeluarkan Laporan Ujian Jenis. ST pula meluluskan kelengkapan elektrik berdasarkan Laporan Ujian Jenis yang dikeluarkan oleh SIRIM atau makmal pengujian lain yang diiktiraf oleh ST. ST hanya akan meluluskan kelengkapan elektrik jika Laporan Ujian Jenis mengesahkan kelengkapan elektrik tersebut telah memenuhi kehendak standard keselamatan minima yang telah ditetapkan.

Jika nama dan alamat pengilang tidak sama dengan nama dan alamat pengilang yang terdapat di dalam Laporan Ujian Jenis, maka pemohon perlu menguji semula kelengkapan tersebut.

  • SIRIM Berhad/makmal diakreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia oleh Jabatan Standard Malaysia
  • Makmal di bawah IECEE CB Scheme
  • Makmal diakreditasi oleh Asia Pacific Laboratory Accreditation Cooperation (APLAC) Mutual Recognition Arrangement (MRA)
  • Makmal diakreditasi oleh International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) Mutual Recognition Arrangement (MRA)
  • Makmal yang tersenarai sebagai Designated Testing Laboratory (DTL) di bawah ASEAN Sectoral Mutual Recognition Agreement for Electrical and Electronic Equipment (ASEAN EEE MRA)

Tidak.

Surat Pelepasan adalah surat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada pengimport kelengkapan elektrik untuk tujuan pelepasan kelengkapan elektrik dari tahanan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Surat Pelepasan terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  • Surat Pelepasan kelengkapan yang memerlukan Perakuan Kelulusan untuk kelengkapan yang dikawal.
  • Surat Pelepasan kelengkapan yang tidak memerlukan Perakuan Kelulusan untuk kelengkapan yang tidak dikawal.

Surat Pelepasan bagi kelengkapan elektrik yang memerlukan Perakuan Kelulusan adalah untuk aktiviti ‐ aktiviti seperti berikut:

  • Kajian Kilang
  • Kajian Kualiti/Pasaran
  • Kegunaan Khas
  • Transit
  • Import komponen untuk pengilangan tempatan
  • Import komponen untuk 100% eksport
  • Baik pulih dan eksport semula
  • Pertunjukan/Konsert
  • Bonded

Surat pelepasan yang tidak memerlukan Perakuan Kelulusan dikeluarkan kepada pengimport yang memohon untuk membawa masuk kelengkapan yang tidak tertakluk di bawah Peraturan 97, Peraturan ‐ Peraturan Elektrik 1994. Walau bagaimanapun, surat pelepasan ini adalah berdasarkan kepada syarat ‐ syarat yang telah ditetapkan oleh ST.

Langkah ‐ langkah untuk permohonan Surat Pelepasan adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan pendaftaran e ‐ Permit dengan menghubungi Dagang Net Technologies Sdn. Bhd (DNT) di talian 1 ‐ 300 ‐ 133 ‐ 133 atau melalui e ‐ mel careline@dagangnet.com bagi mendapatkan ID dan kata laluan.
  • Daftar masuk ID dan kata laluan di http://epermit.dagangnet.com yang juga dipautkan di laman web ST.

DNT merupakan syarikat yang menyediakan sistem online melalui laman web e ‐ Permit. ST pula menggunakan perkhidmatan sistem online tersebut bagi memudahkan proses permohonan dan menjimatkan masa pengguna.

Tiada.

Sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap, permohonan Surat Pelepasan akan diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

Dokumen yang diperlukan adalah berbeza mengikut jenis dan tujuan Surat Pelepasan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web ST mengenai proses permohonan Surat Pelepasan di www.st.gov.my .

Surat Pelepasan Kegunaan Peribadi adalah surat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada individu yang ingin membawa masuk kelengkapan elektrik bagi kegunaan sendiri sahaja, sekiranya ianya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Permohonan boleh dibuat kepada ST dengan melengkapkan Borang ST(PE)4 (Pindaan 2014) dan mengemukakan dokumen seperti salinan kad pengenalan atau pasport, dokumen bukti, seperti surat perletakan jawatan, surat perpindahan, surat menang hadiah dan lain ‐ lain. Borang tersebut boleh di muat turun di laman web ST di www.st.gov.my.

Syarat yang dikenakan adalah model kelengkapan yang dipohon hendaklah hanya satu (1) unit bagi satu (1) model sahaja.

Permohonan boleh dibuat di Unit Kelengkapan Elektrik, Ibu Pejabat ST di Putrajaya atau di Pejabat Kawasan ST di Johor Bahru, Johor, Butterworth, Pulau Pinang, Ipoh, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah sahaja.

Tiada sebarang fi dikenakan. Permohonan yang menepati syarat ‐ syarat yang ditetapkan akan diproses dan diluluskan pada hari permohonan dibuat tertakluk kepada kelulusan Pengarah.

Ya. Permohonan Surat Pelepasan masih perlu dibuat walaupun kelengkapan tersebut adalah kelengkapan elektrik yang tidak dikawal ST.