Penjaga Jentera
Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga (www.st.gov.my).
Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
(Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)
- Seorang warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 20 tahun.
- Kelayakan pendidikan minima yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan.
- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran di mana terdaapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
- Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan
- Memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada di bawah penjagaannya dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya
Prosedur Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
- Peringkat peperiksaan
- Teori
- Amali
- Lisan
Nota: Calon-calon dikehendaki lulus ke tiga-tiga peringkat peperiksaan bagi dianugerahkan perakuan kekompetenan tersebut
2. Kebenaran mengulang peperiksaan
- Calon-calon yang gagal dalam mana-mana bahagian peperiksaan (amali dan lisan) akan diberi kebenaran untuk mengulang peperiksaan dalam tempoh dua (2) tahun.
- Contoh mengulang peperiksaan:
NO | THEORY | PRACTICAL | ORAL | RESULT |
---|---|---|---|---|
1 | G | TB | TB | Mengulang teori |
2 | L | L | G | Mengulang lisan sahaja |
3 | L | G | TB | Mengulang amali dan lisan |
L : lulus, G: Gagal, TB : Tidak Berkaitan
- Carta Aliran Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
- Kategori Penjaga Jentera
- Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik