Tentang Kami

Mengenai Suruhanjaya Tenaga

overview.jpg?1517901394563

 
 

Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, Suruhanjaya Tenaga (ST) bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia.

Mengambil alih peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, ST mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002. Fokus utama ST adalah bekalan elektrik dan gas yang berdaya harap, kos yang munasabah dan selamat digunakan.

Peranan ST terbahagi kepada tiga iaitu Kawal Selia Ekonomi, Kawal Selia Teknikal dan Kawal Selia Keselamatan.


Kawal Selia Ekonomi:

Untuk menggalakkan keekonomian dalam penjanaan, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik dan dalam retikulasi dan penggunaan gas; menggalakkan persaingan; membolehkan pengendalian pasaran yang adil dan cekap dan mencegah penyalahgunaan monopoli atau kuasa pasaran dalam industri elektrik dan gas berpaip.


Kawal Selia Teknikal:

Untuk memastikan keselamatan, daya harap, kecekapan dan kualiti bekalan dan perkhidmatan dalam industri elektrik dan bekalan gas berpaip.


Peraturan Keselamatan:

Untuk melindungi industri, pengguna dan orang awam dari bahaya yang timbul dari penjanaan, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik, serta pengagihan, pembekalan dan penggunaan gas berpaip.