Kelulusan Untuk Mengendali
Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 menyatakan bahawa apabila setelah siap sesuatu kerja pada pepasangan gas yang baru, pemohon hendaklah memohon bagi kelulusan untuk mengendalinya daripada Suruhanjaya Tenaga, dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis berserta Perakuan Siap dan Perakuan Ujian. Perakuan-perakuan tersebut hendaklah ditandatangani oleh Orang Kompeten yang bersesuaian yang menyelia kerja pepasangan itu.
Syarat-Syarat untuk mendapatkan Kelulusan untuk Mengendali
- Permohonan Kelulusan Untuk Mengendali (ATO) perlu dilakukan oleh Kontraktor Gas berdaftar melalui sistem OAS (Online Application System) di URL:https://oas.st.gov.my/
- Pemasangan, ujian dan penjalanan (commissioning) sistem talian paip gas hendaklah mematuhi kehendak-kehendak keselamatan dan teknikal yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997, dan Suruhanjaya Tenaga.
- Semua permohonan bagi Kelulusan Untuk Mengendali (ATO) akan diproses dan diluluskan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja setelah menerima permohonan lengkap.