Orang Kompeten

Jurutera Perkhidmatan Elektrik

Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Perkhidmatan Elektrik

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga (www.st.gov.my).

Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Perkhidmatan Elektrik

(Peraturan 46, Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

  1. Seorang warganegara Malaysia.
  2. Memiliki Perakuan kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten (JEK) yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
  3. Berpengalaman menjalankan kerja yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan melengkapkan kelengkapan dan pengesanan kerosakan kabel.
  4. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
  5. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan melengkapkan kelengkapan, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan, perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan tenaga yang cekap.
  6. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pengesanan kerosakan kabel.
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  8. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan di bawahnya.


Permohonan Baru 

  1. Syarat-syarat permohonan baru bagi sekatan 11kV sehingga 33kV.
    1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya 1 tahun pada sekatan yang sama atau yang lebih tinggi dan berdaftar dengan ST dan
    2. Pengalaman kerja selama 5 tahun pada sekatan voltan yang dipohon termasuk  mempunyai pengalaman kerja sekurang - kurangnya 3 tahun dalam kerja-kerja perkhidmatan elektrik (servicing) pada sekatan yang dipohon.
  2. Syarat-syarat permohonan baru bagi sekatan melebihi 33kV sehingga 132kV
    1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya 1 tahun pada sekatan yang sama atau yang lebih tinggi dan berdaftar dengan ST.
    2. Pengalaman kerja selama 5 tahun pada sekatan voltan yang dipohon termasuk  mempunyai pengalaman kerjasekurang- kurangnya 3 tahun dalam kerja-kerja perkhidmatan elektrik (servicing) pada sekatan yang dipohon.
    3. Pengalaman kerja selama 5 tahun pada pepasangan berikut adalah diberi keutamaan:-
      1. Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar dengan ST; atau
      2. Tenaga Nasional Berhad (TNB).
      3. Pengeluar Kuasa Bebas (IPP); atau
      4. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB); atau
      5. Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO).
  3. Syarat-syarat permohonan baru bagi sekatan melebihi 132k
    1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya 1 tahun pada sekatan yang sama atau yang lebih tinggi dan berdaftar dengan ST;
    2. Pengalaman kerja selama 5 tahun pada sekatan voltan yang dipohon termasuk  mempunyai pengalaman kerja sekurang-  kurangnya 3 tahun  dalam kerja-kerja perkhidmatan elektrik (servicing) pada sekatan yang dipohon.
    3. Pengalaman kerja selama 5 tahun pada pepasangan berikut adalah diberi keutamaan:-
      1. Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar dengan ST; atau
      2. Tenaga Nasional Berhad (TNB).
      3. Pengeluar Kuasa Bebas (IPP); atau
      4. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB); atau
      5. Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO).


Permohonan Naik Taraf 

  1. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan 11kV sehingga 33kV
    1. Memiliki Perakuan Kelulusan JEK pada sekatan yang sama atau yang lebih tinggi dan berdaftar dengan ST.
    2. Memiliki Perakuan Kelulusan JPE sekurang-kurangnya 1 tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST.
    3. Pengalaman kerja selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon dalam kerja-kerja perkhidmatan elektrik (servicing) pada sekatan yang dipohon.
  2. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan melebihi 33kV sehingga 132kV
    1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK pada sekatan yang sama atau yang lebih tinggi dan berdaftar dengan ST.
    2. Memiliki Perakuan Kekompetenan JPE sekurang-kurangnya 1 tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST;
    3. Pengalaman selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon dalam kerja-kerja perkhidmatan elektrik (servicing)
    4. Pengalaman kerja selama 1 tahun pada pepasangan berikut adalah diberi keutamaan:-
      1. Kontraktor Perkhidmatan Elektrik (KPE) yang berdaftar dengan ST; atau 
      2. Tenaga Nasional Berhad (TNB).
      3. Pengeluar Kuasa Bebas (IPP); atau
      4. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB); atau
      5. Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO).
  3. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan melebihi 132kV
      1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK pada sekatan yang sama atau yang lebih tinggi dan berdaftar dengan ST.
      2. Memiliki Perakuan Kekompetenan JPE sekurang-kurangnya 1 tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST.
      3. Pengalaman selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon dalam kerja-kerja perkhidmatan elektrik (servicing); dan
      4. Pengalaman kerja selama 1 tahun pada pepasangan berikut adalah diberi keutamaan:-
        1. Kontraktor Perkhidmatan Elektrik (KPE) yang berdaftar dengan ST; atau 
        2. Tenaga Nasional Berhad (TNB).
        3. Pengeluar Kuasa Bebas (IPP); atau
        4. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB); atau
        5. Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO)