Orang Kompeten

Pendawai Elektrik

Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pendawai Elektrik

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga (www.st.gov.my).

Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pendawai Elektrik

(Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

Pendawai Fasa Tunggal (PW1)
  1. Seorang warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  3. Kelayakan pendidikan minima yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan.
  4. Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan pendawaian elektrik selama dua (2) tahun dengan kontraktor elektrik atau Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
  6. Mempunya pengetahuan dan kemahiran amali yang mencukupi dalam pendawaian sesuatu pepasangan
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik
  8. Mempuyai pengetahuan mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya
Pengecualian:
  1. Bagi pemohon yang mempunyai sijil SKM peringkat pertengahan atau Tahap 2 dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selepas memegang SKM selama satu (1) tahun adalah dikecualikan dari peperiksaan teori, amali dan lisan.
  2. Pemohon tersebut mestilah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan.
  3. Mana-mana calon yang layak mendapat pengecualian, hanya akan dianugerahkan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa Endorsan Pengujian (PW1).
  4. Calon-calon yang berhasrat untuk mendapatkan Perakuan Kekompetenan Pendawai dengan Endorsan Pengujian (PW2), mereka hendaklah menduduki peperiksaan lisan (pengujian) dan jika gagal dalam peperiksaan lisan tersebut, calon hanya akan dianugerahkan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa Endorsan Pengujian (PW1) sahaja.
  5. Mana-mana calon yang ingin menduduki peperiksaan pendawai berserta endorsan pengujian (PW2), mereka hendaklah membayar . Jumlah yang perlu dibayar adalah RM100.00.
    a)fi peperiksaan (RM50.00) dan
    b)fi peperiksaan Endorsan Pengujian (RM50.00)
Pendawai Fasa Tiga (PW3)
  1. Kelayakan yang dikehendaki adalah:-
    a)Mempunyai Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) ;
    b)Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan serta mempunyai buku log yang lengkap mengikut tempoh pengalaman kerja.
    c)Telah memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan; dan
    d)Perakuan Kekompeten Pendawai Fasa Tunggal itu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. or
    e)Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan serta mempunyai buku log yang lengkap mengikut tempoh pengalaman kerja.

  2. Calon-calon yang lulus peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga (PW3) dan telah mempunyai Perakuan Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2), beliau layak mendapat sijil Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga dengan Endorsan Pengujian (PW4) dengan syarat fi peperiksaan untuk menduduki peperiksaan pengendorsan pengujian dijelaskan.