Gas

Orang Kompeten

Sijil Kekompetenan Gas

Mana-mana orang yang menjalankan kerja pada talian paip gas dan pepasangan gas adalah seorang yang kompeten yang dikawal di bawah Seksyen 35 Akta 501 iaitu  “melainkan jika dikecualikan selainnnya, tiada kerja berkenaan dengan pemasangan, pembinaan, penyenggaraan, pembaikan, atau pengendalian mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya boleh dijalankan kecuali oleh atau dibawah pengawasan dan diperakui oleh seorang yang kompeten”.

 

Peraturan 21, Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997 pula menyebut bahawa setiap kerja ke atas pepasangan gas hendaklah diselia oleh orang kompeten yang diambil bekerja oleh kontraktor gas yang menjalankan kerja tersebut.

Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997 dengan jelas menyatakan syarat kelayakan, bentuk penilaian kekompetenan dan skop kerja orang kompeten. Mengikut peraturan, orang-orang kompeten dikelaskan kepada lima (5) kelas kekompetenan, iaitu;

  1. Jurutera Gas
  2. Penyelia Kejuruteraan Gas
  3. Jurugegas Gas Kelas I
  4. Jurugegas Gas Kelas II
  5. Jurugegas Gas Kelas III

 

Syarat-syarat minimum kelulusan akademik dan pengalaman calon adalah seperti berikut:

  1. Calon Jurutera Gas perlu mempunyai Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera dan mempunyai dua tahun pengalaman bekerja dalam kerja talian paip gas atau pepasangan gas.
  2. Calon Penyelia Kejuruteraan Gas perlu memegang ijazah kejuruteraan atau diploma kejuruteraan dan mempunyai dua tahun pengalaman bekerja dalam kerja talian paip gas atau pepasangan gas.
  3. Calon Jurugegas Gas Kelas III perlu mempunyai kelulusan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh iteml dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja dengan talian paip gas atau pepasangan gas.
  4. Calon Jurugegas Gas Kelas II perlu sekurang-kurangnya mempunyai dua tahun pengalaman sebagai Jurugegas Gas Kelas III.
  5. Calon Jurugegas Gas Kelas I perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman sebagai Jurugegas Gas Kelas II.

 

Before being certified as a competent person, candidates need to sit for a written competency examination and interview conducted by Energy Commission.  However, candidates who pass gas engineering courses accredited by the Energy Commission such as gas sources organised by Gas Technology Centre, University Teknologi Malaysia and Institut Kemahiran Mara can be exempted by the iteml to sit for the written examination.

 

In principle, scope of work for competent person is divided into five (5) types as follows:

  1. Endorsement of gas installation plan
  2. Endorsement of certificate of completion of gas installation
  3. Endorsement of test certificate of gas installation 
  4. Repair of gas installation
  5. Maintenance of gas installation


Pendaftaran Orang Kompeten

Bagi membolehkan pengawasan berkesan dibuat ke atas aktiviti-aktiviti orang kompeten, mereka hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebelum mereka menjalan kerja-kerja sebagai  orang kompeten yang diiktiraf, pendaftaran orang kompeten adalah sah selama 12 bulan dan pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada 12 bulan sebelum tarikh habis tempoh perakuan.


Kursus Yang Ditauliah Oleh Suruhanjaya Tenaga

(a) Pusat Teknologi Gas (GASTEG), Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, (tel. 07-5535653). Berikut adalah kursus separuh masa:
  • Kursus Pengagihan Gas untuk Jurutera Gas dan Penyelia Kejuruteraan
  • Kursus Pengagihan Gas untuk Jurugegas Gas Kelas II
  • Kursus Pengagihan Gas untuk Jurugegas Gas Kelas II
  • Kursus Pengagihan Gas untuk Jurugegas Gas Kelas III
(b) Institut Kemahiran MARA (IKM), Johor Bahru , (Tel 07-2361129). Berikut adalah kursus sepenuh masa;
  • Fitter Class I Course.
(c ) Kolej Teknologi & Profesional Perlis, (Tel 04-9779177). Kursus sepenuh masa;
  • Kursus Jurugegas Gas Kelas III


Fi

(a) Fi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan:

     
  1. Jurutera Gas  RM 150.00
  2. Penyelia Kejuruteraan Gas RM 100.00
  3. Jurugegas Gas I, II and III RM 50.00

(b) Fi bagi pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran untuk orang kompeten:

     
  1. Jurutera Gas  RM 150.00
  2. Penyelia Kejuruteraan Gas RM 100.00
  3. Jurugegas Gas I, II and III RM 50.00