Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Jurutera Elektrik Kompeten Serta Fi Peperiksaan
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Jurutera Elektrik Kompeten
KERTAS 1 - Jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan.Perkara-perkara berkaitan:
- a) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
b) Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya
c) MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Installations of Building’
d) MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Code of Practice’
e) MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364’
f) Kejuruteraan Elektrik Am
g) Peraturan Keselamatan (Safety Regulations)
h) Pertolongan cemas (First Aid)
i) Kejuruteraan Elektrik Moden dan Aplikasinya - Kelengkapan Elektrik
Pengetahuan asas, ciri-ciri keselamatan teknikal, pengoperasian dan penyenggaraan:
a) Perkakas suis, interrupters, fius dan pengasing, mesin-mesin berputar dan pemula, kuasa, voltan, arus, pembumian, pengubah, kapasitor, perintang, rectifier dan converter, pengalir, kabel, meter, radas petunjuk dan geganti pelindung, penangkap kilat, radas-radas dan aksesori. - Pepasangan Elektrik
Pengetahuan asas, litar-litar, kapasiti litar pintas, kelegaan keselamatan, operasi dan penyenggaraan:
a) Set penjanaan dan papan penyegerakkan, motor, pemula dan suis, litar utama, kemasukkan utama dan sub-stesen agihan, papan agihan, feeder pillars, talian atas, penyenggaraan, kabel bawah tanah, pendawaian dalaman, lampu jalan dan lampu laman. - Sistem Elektrik
Pengetahuan asas, tata atur, paras kerosakan, susut voltan, kehilangan dan pindah beban, keperluan keselamatan, operasi dan penyenggaraan: Penghantaran dan pengagihan rangkaian, sistem pembumian dan perlindungan kilat, pendawaian dalaman, lampu jalan dan lampu laman. - Pelbagai
Pengetahuan asas, aspek-aspek keselamatan, operasi dan penyenggaraan:
Penggerak utama stesen janakuasa, on-load tap changes pengubah, sistem pemadam kebakaran, sesalur busbar janakuasa dan medan litar motor, set janakuasa bergerak dan mudah alih.
KERTAS 2 - Temuduga Profesional
Temuduga professional berdasarkan:-
a) pengalaman dan latihan yang telah dijalankan oleh calon dan jawapan bertulis kepada soalan yang diberikan.
b) pengetahuan berkenaan dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 serta Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya.
Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten
1. Fi Proses Permohonan – RM20.00
2. Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten – RM220.00