Electrical Engineers
Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten
Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga (www.st.gov.my).
Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten
(Peraturan 47, Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)
- Seorang warganegara Malaysia.
- Memegang Ijazah atau kelayakkan yang setaraf dengan ijazah dalam kejuruteraan elektrik daripada universiti atau institut yang diiktiraf.
- Seorang Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967.
- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup.
- Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan elektrik moden, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan, perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan kecekapan tenaga.
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta Bekalan Elektrik 1990 dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.
Permohonan Baru:
1. Syarat - syarat permohonan baru bagi sekatan 11kV hingga 33kV
Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pegalaman mengawal kelengkapan hidup.
2. Syarat-syarat permohonan baru bagi sekatan melebihi 33kV sehingga 132kV
Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup.
3. Syarat-syarat permohonan baru bagi sekatan melebihi 132kV
Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
Permohonan Naik Taraf:
1, Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan 11kV sehingga 33kV
a) Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya satu (1) tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST.
b) Pengalaman kerja selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon.
2. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan melebihi 33kV sehingga 132kV
a) Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya satu (1) tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST.
b) Pengalaman kerja selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon.
3. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan melebihi 132kV
a) Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya satu (1) tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST
b) Pengalaman kerja selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon.