Maklumat Pemegang Lesen
Pemegang lesen adalah syarikat yang telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya untuk membekalkan elektrik atau gas melalui talian paip kepada pengguna. Pemegang lesen adalah tertakluk di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501] yang kedua-duanya di dalam bidangkuasa Suruhanjaya.
Pemegang perakuan pula adalah mereka yang memiliki perakuan-perakuan berkenaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya seperti perakuan pendaftaran kontraktor serta perakuan kekompetenan elektrik dan gas.
Anda boleh menghubungi pemegang-pemegang lesen yang utama melalui saluran berikut:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Telefon: 15454 / 1300-88-5454 Emel: tnbcareline@tnb.com.my Laman web: www.tnb.com.my |
|
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Telefon: 15454 / 088-515000 Emel: crm@sesb.com.my Laman web: www.sesb.com.my |