Penyelesaian Aduan
Selepas meneliti semua maklumat yang berkaitan termasuk keterangan daripada pihak yang terlibat, ST akan mengambil tindakan mengikut isu yang diadukan. Ini termasuk:
- Menyiasat dan menganalisis aduan untuk menentukan samada ia berasas atau sebaliknya;
- Mendapatkan maklumbalas atau penjelasan daripada pihak yang diadu berkaitan aduan termasuk membuat pemeriksaan atau semakan ke atas pihak yang diadu;
- Mengarahkan pihak yang diadu supaya mengatasi atau menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan dan menambah baik kualiti perkhidmatan;
- Mengeluarkan peringatan atau amaran kepada pihak yang diadukan dan memantau pelaksanaan penyelesaian aduan;
- Di mana terpakai, menguatkuasakan hak pengguna di bawah Guaranteed Service Level (GSL); atau
- Mengambil tindakan terhadap pihak yang diadukan jika perlu.
Pengadu akan dimaklumkan secara bertulis (surat atau emel) atau melalui telefon tentang perkembangan dan penyelesaian aduannya.
Pengguna mempunyai hak terhadap pemegang lesen di atas perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan. Untuk itu, ST telah menguat kuasakan Guaranteed Service Level (GSL).