Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Sabah (Suku tahun pertama) - 2013

1. Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana oleh SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2013

a

02

2. Kecekapan Thermal bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2013

03

{tip Info::Secara keseluruhannya, SESB dan IPP dapat mengekalkan prestasi loji-loji janakuasa masing-masing seperti kecekapan thermal yang dicapai untuk suku tahun sebelumnya. Terdapat peningkatan bagi loji penjanaan kitar padu SESB sebanyak 8.7% dan loji penjanaan enjin diesel SESB pula sebanyak 4.25%. Peningkatan kecil ini adalah secara tidak langsung dari peningkatan faktor kesediaan (AF).}04{/tip}

3. Purata Faktor Kesediaan Setara Loji (AF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2013

f
{tip Info::Bagi suku tahun pertama, purata faktor kesediaan loji mencatat sebanyak 79.63% berbanding dengan suku tahun keempat tahun 2012 iaitu sebanyak 80.82%. Faktor kesediaan loji tersebut menurun kerana ianya berkaitan secara langsung dengan jadual penyenggaraan loji dan henti tugas loji yang tidak terancang.}06{/tip}

4. Purata Faktor Henti Tugas Terancang (POF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2013

07
{tip Info::Purata faktor Henti Tugas Terancang (POF) bagi loji-loji penjanaan SESB & IPP mencatat penurunan sebanyak 24.7% berbanding suku tahun keempat tahun 2012. Salah satu sebab POF berkurangan adalah kerana sesetengah loji janakuasa akan mengambil peluang ketika loji janakuasa tidak beroperasi (ketika UOF) untuk menyenggara loji.}08{/tip}

5. Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (UOF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2013

09
{tip info::Bagi suku tahun pertama, didapati faktor henti tugas tidak terancang (UOF) bagi loji janakuasa kitar padu SESB dan loji janakuasa enjin diesel SESB telah melepasi sasaran UOF (seperti yang dinyatakan di dalam graf). Loji janakuasa kitar padu SESB mencatat UOF sebanyak 6.08% iaitu penurunan sebanyak 34% berbanding suku tahun keempat tahun 2012. Loji penjanaan kitar padu menghadapi masalah-masalah seperti 'loss of flame', 'generator breaker tripped', dan rekahan di 'first stage nozzle & exhaust plenum' Loji enjin diesel SESB mencatat 22.96% kerana menghadapi masalah berterusan dengan bearing utama, kerosakan alat 'excitation & heat exchanger', dan tekanan 'lubrication oil' yang rendah. Manakala loji hidro SESB menghadapi masalah dengan alat 'solenoid' dan 'bypass valve'.}10{/tip}